
mungkin kerana kita leka
sesekali pena terlepas dari genggaman
ucapan 'ooppss' mendahului 'Ya Allah',
bila perut kenyang, 'fuh..kenyangnya'
mengatasi 'Alhamdulillah',

bila diri terpegun oleh keindahan alam
'Subhanallah' tertutup oleh 'cantiknya',

bila dikunjungi berita malang, 'kasihannya' terucap
kerana kita lupa pada kalimah, 'Innalillahiwainailaihirajiun'
kadangkala kita terlupa kerana kita telah terbiasa..
tapi ingatlah wahai sahabat² agar bila Izrail datang mendekati,
biarlah kalimah 'Lailahailallah'...menjadi juara
mengatasi setiap tutur kata, segala madah bicara . . .

note: ingatlah..dengan mengingati Allah, jiwa pasti menjadi tenang (=
No comments:
Post a Comment