Followers

Tuesday, December 14, 2010

Ujian Kawalan Penyakit Asthma (ACT)



ketahui markah ujian kawalan penyakit asthma anda

ujian yang berikot boleh membantu individu-individu dgn penyakit asthma (berumur 12taun atau lebih) menilai kawalan asthma mereka (o=



LANGKAH 1:
sila pilih markah yang sesuai bagi tiap-tiap soalan. terdapat 5 soalan kesemuanya. sila jawab seberapa jujur yang mungkin. ini akan membantu anda & doktor anda berbincang mengenai keadaan sebenar asthma anda

SOALAN 1:
sepanjang tempoh 4minggu yang lalu, berapa banyakkah masa asthma anda telah menghalang anda daripada melakukan aktiviti-aktiviti biasa di tempat kerja, sekolah, institut pengajian tinggi atau di rumah?

  1. sepanjang masa
  2. kebanyakan masa
  3. agak banyak masa
  4. sedikit masa
  5. tiada langsung

SOALAN 2:
sepanjang tempoh 4minggu yang lalu, berapa kerapkah anda telah mengalami sesak nafas?

  1. lebih daripada sekali sehari
  2. sekali sehari
  3. 3 - 6 kali seminggu
  4. 1 - 2 kali seminggu
  5. tiada langsung

SOALAN 3:
sepanjang tempoh 4minggu yang lalu, berapa kerapkah simptom-simptom asthma anda ( e.g nafas berbunyi, sesak nafas, dada rasa ketat atau sakit dada ) membuatkan anda bangun dari tidur pada waktu malam atau bangun lebih awal daripada biasa pada waktu pagi?

  1. 4 malam atau lebih dlm seminggu
  2. 2 -3 malam dalam seminggu
  3. sekali seminggu
  4. sekali atau 2 kali
  5. tiada langsung

SOALAN 4:
sepanjang tempoh 4minggu yang lalu, berapa kerapkah anda telah menggunakan ubat sedut yang melegakan dgn cepat atau nebulizer anda ( e.g salbutamol, terbutalin, formeterol )

  1. 3 kali atau lebih sehari
  2. 1 atau 2 kali sehari
  3. 2 atau 3 kali seminggu
  4. sekali seminggu atau kurang
  5. tiada langsung

SOALAN 5:
bagaimana anda menilai kawalan asthma anda sepanjang tempoh 4minggu yang lalu?

  1. tidak terkawal langsung
  2. kawalan adalah buruk
  3. agak terkawal
  4. terkawal dgn baek
  5. terkawal sepenuhnya

LANGKAH 2:
jumlahkan markah anda untuk mendapatkan markah keseluruhan


LANGKAH 3:
bandingkan dgn kumpulan markah-markah berikot

MARKAH 25 : tahniah!
anda telah mempunyai KAWALAN SEPENUHNYA ke atas penyakit ashtma anda sepanjang tempoh 4minggu yang lalu. anda sudah tidak mempunyai simptom dan tiada batasan berkaitan penyakit asthma. jumpa doktor atau ahli farmasi anda jika ini berubah

MARKAH 20 - 24 : sasaran tercapai
asthma anda mungkin sudah TERKAWAL DGN BAEK tetapi tidak TERKAWAL SEPENUHNYA sepanjang tempoh 4minggu yang lalu. doktor atau ahli farmasi anda mungkin berupaya membantu anda mencapai KAWALAN SEPENUHNYA.

MARKAH <20
asthma anda barangkali TIDAK TERKAWAL sepanjang tempoh 4minggu yang lalu. doktor atau ahli farmasi anda boleh menyarankan pelan tindakan penyakit asthma bagi membantu kawalan asthma anda.



2 comments:

Anonymous said...

mantap fik ,,,trskan usaha anda,,,semoga membantu masyarakat

Fikri Fishoul said...

huhuhu..thanks anon. i'll try my best to do so..